Tuesday 11 August 2015

Tarbiah Sentap

Assalamualaikum sahabat sekalian. Wuu lama tak berceloteh kat blog. Selalu singgah dan buat apa yang patut je. Malamni curi masa sikit lah aek utk membebel kat blog. Hehe. Okay first thing nak ucap bebanyak terima kasih kat kawan sy Nur Shahira Binti Azmy sebab banyak tolong sy dalam memperbetulkan semula blog yg dah lama dibiarkan kesepian. Ihiks.
                                                         
                                                       

Seterusnya nak ucapkan terima kasih juga pada blogger yg sudi singgah ke blog sy ni haa. Ni yg bersemangat nak terus berblogger ni. Kihkihkih. Mesti korang geram je tgok sy berceloteh banyk noh. Tak sama betul dengan tajuk kat atas tu. Yelah yelah, nk masuk lah ni :p


Buku hasil coretan Adnin Roslan. 
Karya paling sentap abad ini


Haa ni lah citenya. Nak share pasal buku tarbiah sentap ni lah. Dah khatam dah buku hasil tulisan Ustaz Adnin Roslan ni. Kenapa tajuknya Tarbiah Sentap ? sbb memang sentap pun kalau baca :'( Baca first page dia pun dah sentap taw. Tp kalau ada reader yg baca tp tak rasa pape, haa its going something wrong somewhere lah dengan hati korang tu. Muhasabah balik semula okay. Korang try lah baca, confirm tak menyesal. Sy sndr baca buku ni sampai menangis sbb terasa sangat dgn apa yg si penulis cakap. Buku ni dia byk lah cerita tentang masalah yg dihadapi anak remaja zaman sekarang. Sungguh memilukan. Sebab klau kita tengok kat luar sana, ramai dah remaja remaja yg semakin rosak akhlaknya. Naudzubillah :(


Buku Tarbiah Sentap sesuai untuk siapa ?



Kadang kadang kita tahu diri kita jahil dalam byk benda tapi takde usaha nak ambil tahu apa yg sepatutnya kita tahu. Takziah utk diri sendiri. Kita sibuk doa supaya dikirim zauj/zaujah tp tak minta doa supaya Allah berikan kita Taufiq dan Hidayah. Sedangkan tu lah yang utama kita perlu buat. Sedarlah kita, dunia sudah tidak lama. Dari zaman Rasulullah lagi tanda tanda besar kiamat tu dah ada. Jadi usahlah kita sia sia kan peluang utk bertaubat. Perubahan tu bukan kita perlu buat secara mendadak. Kita buat slow slow dan kemudian istiqamah lah dgn apa yang kita buat. Jangan takut dengan perubahan, kelak perubahan tu akan bawa kita kepada kebaikan. InshaAllah.


Untuk korang yg nk beli buku ni, cari lah kat kedai buku yg top sikit mcm kat Popular ke MPH ke atau apa ajelah. Utk korang yg stay area Muar, boleh lah beli buku ni kat Pustaka Hussin (PH). Sy beli buku ni kat PH lah, kebetulan masatu mmg nak sangat beli kan, pusing2 dalam situ satgi terjumpa buku Momento hasil tulisan Ustaz Adnin Roslan jgk. Terfikir jap kalau ada buku Momento, mesti ada buku Tarbiah Sentap. Then, terus lah tanya kat abg kaunter tu. Dan Alhamdulilah ada jgk bukunya. Beli 2 lagi. Post kat kwn yg belajaq pondok kat Kedah sana. Beli 2 then bayar pakai baucer. Hehe. Satu buku ni RM25. Kalau kat kedai buku area korg takde, beli online lah tp ada postage.

Antara entri Tarbiah Sentap


ADAKAH CINTA ITU FITRAH ?

FITRAH PERLU DIURUS ! 


Seterusnya . . . .



Haa tu lah antara entri yg ada dalam TS. Sorry naa if gamba tu kabur kabur. Setakat ni tu je perkongsian daripada sy. Minta maaf kalau entri blog utk kali ni membosankan.
Assif jiddan. Jumpa di entri yang lain. Wassalam :)

7 comments:

  1. memang best buku ni.. sentap habis.. T_T

    ReplyDelete
  2. Kan. Buku ni byk bagi manfaatnya :) Katanya skrg ada Tarbiah Sentap yang baru. Kwn bgtau. Cuba lah survey.

    ReplyDelete
  3. Nanti akak nk try crilah.. nak sentap jugak hati ni.. hihi xnak jd bila hati sudah hitam.. chewah! Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Try try, rugi kalau tak baca. Kalau kat kedai tak jumpa, kena beli onl lah gamaknya. Hehe :D

      Delete
  4. Replies
    1. dekat popular pun ada juga,mph... insyaaAllah,ada rezeki adalah.. online pun blh..huhu..sory semak

      kita pun dah baca yg ini,TS skrang dah ada banyak buku dah,tak terbeli lagi semua,ada yg terjumpa dekat library,memg rezeki... tp yg buku ini,kita suka. Awal2 bab dah terasa,sebab mmg kita ada buat..

      Delete