Tuesday 13 October 2015

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum. Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam :) Alhamdulilah, pada 1 Muharram 1437H bersamaan 14 Oktober 2015 kita masih dipinjamkan nyawa untuk menjejakkan kaki di dunia ciptaan Allah ini. Moga tahun baru ini membawa lebih banyak makna pada kita dan membawa kita kepada kebaikan. InshaAllah. Jangan pernah kita lupa, setiap kali masuknya tahun baru bermakna makin dekat kita kepada ajal. Dunia semakin tua seiring dengan diri kita sendiri. Makanya buka lah buku baru, tinggalkan segala keburukan dan dekatkan diri dengan kebaikan :)

H I J R A H

Aku juga punya cerita hijrah aku sendiri. Penghijrahan yang aku buat bukanlah semudah kata kata. Kekentalan jiwa itu perlu ada. Setiap tohmahan yang dilemparkan harus ditelan walau ia pahit dan perit. Aku lalui jalan yang berliku dan berduri demi mencari redha Ilahi. Sungguh zaman Jahiliyah ku ingin aku tinggalkan. Hidup aku tidak pernah tenang kerana hati ku jauh daripada Allah. Solat ku tunggang terbalik, sekejap buat sekejap tak. Menyesal ? ya aku terasa sangat menyesal kerana perintah Allah aku permainkan. Pernah aku terfikir kenapa aku tidak sedar dari dulu ? mungkin Allah ingin lihat usaha aku sendiri dalam merubah diri ku. Aku tidak cakap aku ini sudah berubah menjadi baik 100% seperti malaikat. Aku manusia biasa dan tak pernah terlepas daripada dosa. Pesananku, jangan pernah takut dengan penghijrahan kerana penghijrahan itu akan buat engkau jauh lebih baik. Sampai bila ingin hidup dalam keadaan yang penuh dengan lumpur dosa ? sampai matahari terbit di sebelah barat kah atau apa ? bangkit lah sayangg. Allah sedang menunggu. Dia tidak pernah bosan dan jemu menanti kehadiran mu. Sedar lah bahawa Allah memerhatikan kau&aku daripada setiap sudut. Malah apa yang terkandung dalam hati kau juga DIA tahu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Entri kali ini bukan ingin tunjukkan yang aku ni bagus cuma apa yang terisi dalam hati itu lah yang aku coretkan :) Ohh yaa, ada satu lagi. Sanah helwah to dear me. Already turn to 19 on 11 Oct. Hehe. Big thanks to my mak and abah for raise me up with full of love. Semoga kehadiran ku memberikan manfaat dalam kehidupan kalian. Tak mungkin mampu aku balas segala jasa kalian.

Ya Allah,
Semoga dengan pertambahan usiaku
Seiring dengan pertambahan amalku
Seiring dengan peningkatan taqwaku
Seiring dengan peningkatan prestasi & kualiti ibadahku
Semoga ada berkat dalam setiap perbuatan ku.

Aasif andai entri kali ini kurang menarik dan tidak sehebat kalian. Segala kelebihan daripada Allah dan keburukan daripada diri aku sendiri. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Kalau tak keberatan, sesiapa yang punya acc ig tu meh lah follow @habibi.soul. Kalau taknak follow ig, boleh add wc (NoorQowiy) . Sekian coretan kali ini. Illalliqa :)

Tuesday 11 August 2015

Tarbiah Sentap

Assalamualaikum sahabat sekalian. Wuu lama tak berceloteh kat blog. Selalu singgah dan buat apa yang patut je. Malamni curi masa sikit lah aek utk membebel kat blog. Hehe. Okay first thing nak ucap bebanyak terima kasih kat kawan sy Nur Shahira Binti Azmy sebab banyak tolong sy dalam memperbetulkan semula blog yg dah lama dibiarkan kesepian. Ihiks.
                                                         
                                                       

Seterusnya nak ucapkan terima kasih juga pada blogger yg sudi singgah ke blog sy ni haa. Ni yg bersemangat nak terus berblogger ni. Kihkihkih. Mesti korang geram je tgok sy berceloteh banyk noh. Tak sama betul dengan tajuk kat atas tu. Yelah yelah, nk masuk lah ni :p


Buku hasil coretan Adnin Roslan. 
Karya paling sentap abad ini


Haa ni lah citenya. Nak share pasal buku tarbiah sentap ni lah. Dah khatam dah buku hasil tulisan Ustaz Adnin Roslan ni. Kenapa tajuknya Tarbiah Sentap ? sbb memang sentap pun kalau baca :'( Baca first page dia pun dah sentap taw. Tp kalau ada reader yg baca tp tak rasa pape, haa its going something wrong somewhere lah dengan hati korang tu. Muhasabah balik semula okay. Korang try lah baca, confirm tak menyesal. Sy sndr baca buku ni sampai menangis sbb terasa sangat dgn apa yg si penulis cakap. Buku ni dia byk lah cerita tentang masalah yg dihadapi anak remaja zaman sekarang. Sungguh memilukan. Sebab klau kita tengok kat luar sana, ramai dah remaja remaja yg semakin rosak akhlaknya. Naudzubillah :(


Buku Tarbiah Sentap sesuai untuk siapa ?



Kadang kadang kita tahu diri kita jahil dalam byk benda tapi takde usaha nak ambil tahu apa yg sepatutnya kita tahu. Takziah utk diri sendiri. Kita sibuk doa supaya dikirim zauj/zaujah tp tak minta doa supaya Allah berikan kita Taufiq dan Hidayah. Sedangkan tu lah yang utama kita perlu buat. Sedarlah kita, dunia sudah tidak lama. Dari zaman Rasulullah lagi tanda tanda besar kiamat tu dah ada. Jadi usahlah kita sia sia kan peluang utk bertaubat. Perubahan tu bukan kita perlu buat secara mendadak. Kita buat slow slow dan kemudian istiqamah lah dgn apa yang kita buat. Jangan takut dengan perubahan, kelak perubahan tu akan bawa kita kepada kebaikan. InshaAllah.


Untuk korang yg nk beli buku ni, cari lah kat kedai buku yg top sikit mcm kat Popular ke MPH ke atau apa ajelah. Utk korang yg stay area Muar, boleh lah beli buku ni kat Pustaka Hussin (PH). Sy beli buku ni kat PH lah, kebetulan masatu mmg nak sangat beli kan, pusing2 dalam situ satgi terjumpa buku Momento hasil tulisan Ustaz Adnin Roslan jgk. Terfikir jap kalau ada buku Momento, mesti ada buku Tarbiah Sentap. Then, terus lah tanya kat abg kaunter tu. Dan Alhamdulilah ada jgk bukunya. Beli 2 lagi. Post kat kwn yg belajaq pondok kat Kedah sana. Beli 2 then bayar pakai baucer. Hehe. Satu buku ni RM25. Kalau kat kedai buku area korg takde, beli online lah tp ada postage.

Antara entri Tarbiah Sentap


ADAKAH CINTA ITU FITRAH ?

FITRAH PERLU DIURUS ! 


Seterusnya . . . .



Haa tu lah antara entri yg ada dalam TS. Sorry naa if gamba tu kabur kabur. Setakat ni tu je perkongsian daripada sy. Minta maaf kalau entri blog utk kali ni membosankan.
Assif jiddan. Jumpa di entri yang lain. Wassalam :)

Wednesday 18 March 2015

Welcome Back !

Assalamualaikum ukhti akhi. Ya Allah setahun lebih saya tinggalkan blog ni sendirian. Kesian nya :( tetibe hati ni teringin nak layan blog lagi :D sesekali layan blog ni boleh lah kan. So then apa khabar awak semua ? sihat ? Harap semuanya sihat sihat belaka ye insyaAllah. Act taktau nak cerita pasal apa. Give me some idea maybe ? hehe. Cerita pasal diri saya jelah ye. Im going to be sweet 19 lah this year. besar dah yek. Mana ada orang hidup umur nya makin menurun. Im STPM student. Siap sangka saya yang mcmni amek STPM ? well saya sendiri pun tak sangka. Sebab tak trfikir nak amek f6 ni. Yelah kan ramai yang cakap f6 ni susah lah, nnt menyesal kalau amek and blaa blaa blaaa. Belajar mana mana pun susah. "Takkan kita tahu apa itu nilai berusaha selagi kita tak merasai nikmat kegagalan" please understand this quote. KIta hidup jangan fikir nak senang je. Apa nak semua dapat. Mana boleh mcmtu. Belajar tu jihad but it depend on our nawaitu. Belajar niat kerana Allah. Saya share cite saya sikit lah ye. Erm kalau ikut kan lama dah giveup utk teruskan f6 ni sbb mmg tak minat. Tapi bila fikir kan mak ayah letak harapan terlalu tinggi kat saya, jadi saya taknak kecewakan diorg. Pernah satu malam saya menangis sebab saya takut saya tak sempat nak buat diorg bangga dapat anak mcm saya, tak dapat nak beri mereka kegembiraan. Saya nak mereka gembra. Then that why lah saya buang jauh rasa giveup tuh and teruskan f6 ni. But now Ahamdulilah so far so good. Sekarang tengah busy sikit dgn PBS. Eh bukan busy sikit, busy banyak. Hehehe :/ kene buat kajian. Submit date dh dekat. insyaAllah bole siap. Doakan saya ye kawan kawan. Tak dinafikan sometime rasa malas tuh dtg tapi tak dilayankan sangat. kalau tak , tak kemana lah kita. Saya nak pesan sikit. selagi ibu ayah kita masih ada, berikan lah mereka hadiah yang paling berharga dengan membuat mereka gembira. Tak semestinya buat mereka gembira dengan duit tapi kejayaan yg kita dapat capai pun dah cukup mengembirakan mereka. Saya ingat kan semua dan diri saya juga. Muhasabah diri ye kawan kawan. Be a good son and daughter for them. InsyaAllah , mudaha mudahan :) itu saja cerita daripada saya. Minta maaf hasil penulisan saya tidak sehebat kalian. Dan minta maaf keana blog saya tiada apa yang menarik. Segala yang baik dtg dari Allah dan yang buruk datang dari saya. Saya khilaf. Sekian. Selamat malam dunia :)