Wednesday 25 May 2016

Abah Kembali Ke Pangkuan Allah

Assalamualaikum. Sekian lama tak memenatkan jari untuk menaip dalam blog ni.
Hari ni 25/5/2016. Sebulan sudah abah pergi meninggalkan kami. Subhanallah langsung tak terasa yang abah dah takde. Rasa macam tak percaya. Rasa macam dalam mimpi. Dan saya masih berharap agar semua ni hanyalah mimpi. Allah bagi pinjam abah untuk kami. Dan Allah dah ambil abah kembali. Sekarang abah hanya tinggal dalam hati dan fikiran kami. Sampai bila ? sampai bila bila sampai nyawa kami pula yang diambil oleh malaikat maut. Untuk menerima orang yang sayang daah takde atas dunia ni bukan semudah kata kata. Kami hanya mampu berharap agar Allah berikan kami kekuatan untuk terima ujian Allah yang satu ini. Setiap manusia itu punya ujian yang tersendiri dan ini adalah ujian untuk kami. Berat mata memandang tetapi berat lagi bahu yang memikul.

Masih terbayang tangan yang menaip inilah pimpin tangan abah, lap badan abah dan jaga abah di IJN selama 2 minggu. Dan hari ni saya tak mampu untuk melakukan benda tu lagi. Allah bagi abah sakit untuk menghapuskan dosa dosa abah. Dan selepas 3 bulan, Allah ambil abah. Allah ambil abah dalam keadaan abah sihat. Dalam keadaan tiada siapa yang menyangka abah akan kembali ke pangkuan Allah untuk selamanya. Apabila Allah kata jadilah maka ia pasti akan jadi walaupun tiada siapa yang mahu. Allahuakbar. Kami hanya hambaMu. Engkau layak buat apa sahaja kepada kami.

"If time can returns back" itu hanya "IF" sebab benda tu takkan terjadi sehingga kiamat.

Wahai Abah,
Sesungguhnya anakmu ini amat merindui abah
Rindu nak pegang tangan abah,
Pimpin tangan abah
Lap badan abah
Jaga abah
Masih terbayang muka abah menangis kerana sakit yang abah terpaksa tanggung.
InshaAllah setiap hari anak anak abah, isteri abah doakan untuk abah
Kirim pahala untuk abah setiap hari
Moga abah tenang di sana
Dan Allah letakkan abah dalam kalangan orang yang soleh
Amin Ya Rabb. InshaAllah

Tuesday 13 October 2015

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum. Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam :) Alhamdulilah, pada 1 Muharram 1437H bersamaan 14 Oktober 2015 kita masih dipinjamkan nyawa untuk menjejakkan kaki di dunia ciptaan Allah ini. Moga tahun baru ini membawa lebih banyak makna pada kita dan membawa kita kepada kebaikan. InshaAllah. Jangan pernah kita lupa, setiap kali masuknya tahun baru bermakna makin dekat kita kepada ajal. Dunia semakin tua seiring dengan diri kita sendiri. Makanya buka lah buku baru, tinggalkan segala keburukan dan dekatkan diri dengan kebaikan :)

H I J R A H

Aku juga punya cerita hijrah aku sendiri. Penghijrahan yang aku buat bukanlah semudah kata kata. Kekentalan jiwa itu perlu ada. Setiap tohmahan yang dilemparkan harus ditelan walau ia pahit dan perit. Aku lalui jalan yang berliku dan berduri demi mencari redha Ilahi. Sungguh zaman Jahiliyah ku ingin aku tinggalkan. Hidup aku tidak pernah tenang kerana hati ku jauh daripada Allah. Solat ku tunggang terbalik, sekejap buat sekejap tak. Menyesal ? ya aku terasa sangat menyesal kerana perintah Allah aku permainkan. Pernah aku terfikir kenapa aku tidak sedar dari dulu ? mungkin Allah ingin lihat usaha aku sendiri dalam merubah diri ku. Aku tidak cakap aku ini sudah berubah menjadi baik 100% seperti malaikat. Aku manusia biasa dan tak pernah terlepas daripada dosa. Pesananku, jangan pernah takut dengan penghijrahan kerana penghijrahan itu akan buat engkau jauh lebih baik. Sampai bila ingin hidup dalam keadaan yang penuh dengan lumpur dosa ? sampai matahari terbit di sebelah barat kah atau apa ? bangkit lah sayangg. Allah sedang menunggu. Dia tidak pernah bosan dan jemu menanti kehadiran mu. Sedar lah bahawa Allah memerhatikan kau&aku daripada setiap sudut. Malah apa yang terkandung dalam hati kau juga DIA tahu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Entri kali ini bukan ingin tunjukkan yang aku ni bagus cuma apa yang terisi dalam hati itu lah yang aku coretkan :) Ohh yaa, ada satu lagi. Sanah helwah to dear me. Already turn to 19 on 11 Oct. Hehe. Big thanks to my mak and abah for raise me up with full of love. Semoga kehadiran ku memberikan manfaat dalam kehidupan kalian. Tak mungkin mampu aku balas segala jasa kalian.

Ya Allah,
Semoga dengan pertambahan usiaku
Seiring dengan pertambahan amalku
Seiring dengan peningkatan taqwaku
Seiring dengan peningkatan prestasi & kualiti ibadahku
Semoga ada berkat dalam setiap perbuatan ku.

Aasif andai entri kali ini kurang menarik dan tidak sehebat kalian. Segala kelebihan daripada Allah dan keburukan daripada diri aku sendiri. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Kalau tak keberatan, sesiapa yang punya acc ig tu meh lah follow @habibi.soul. Kalau taknak follow ig, boleh add wc (NoorQowiy) . Sekian coretan kali ini. Illalliqa :)