Wednesday 25 May 2016

Abah Kembali Ke Pangkuan Allah

Assalamualaikum. Sekian lama tak memenatkan jari untuk menaip dalam blog ni.
Hari ni 25/5/2016. Sebulan sudah abah pergi meninggalkan kami. Subhanallah langsung tak terasa yang abah dah takde. Rasa macam tak percaya. Rasa macam dalam mimpi. Dan saya masih berharap agar semua ni hanyalah mimpi. Allah bagi pinjam abah untuk kami. Dan Allah dah ambil abah kembali. Sekarang abah hanya tinggal dalam hati dan fikiran kami. Sampai bila ? sampai bila bila sampai nyawa kami pula yang diambil oleh malaikat maut. Untuk menerima orang yang sayang daah takde atas dunia ni bukan semudah kata kata. Kami hanya mampu berharap agar Allah berikan kami kekuatan untuk terima ujian Allah yang satu ini. Setiap manusia itu punya ujian yang tersendiri dan ini adalah ujian untuk kami. Berat mata memandang tetapi berat lagi bahu yang memikul.

Masih terbayang tangan yang menaip inilah pimpin tangan abah, lap badan abah dan jaga abah di IJN selama 2 minggu. Dan hari ni saya tak mampu untuk melakukan benda tu lagi. Allah bagi abah sakit untuk menghapuskan dosa dosa abah. Dan selepas 3 bulan, Allah ambil abah. Allah ambil abah dalam keadaan abah sihat. Dalam keadaan tiada siapa yang menyangka abah akan kembali ke pangkuan Allah untuk selamanya. Apabila Allah kata jadilah maka ia pasti akan jadi walaupun tiada siapa yang mahu. Allahuakbar. Kami hanya hambaMu. Engkau layak buat apa sahaja kepada kami.

"If time can returns back" itu hanya "IF" sebab benda tu takkan terjadi sehingga kiamat.

Wahai Abah,
Sesungguhnya anakmu ini amat merindui abah
Rindu nak pegang tangan abah,
Pimpin tangan abah
Lap badan abah
Jaga abah
Masih terbayang muka abah menangis kerana sakit yang abah terpaksa tanggung.
InshaAllah setiap hari anak anak abah, isteri abah doakan untuk abah
Kirim pahala untuk abah setiap hari
Moga abah tenang di sana
Dan Allah letakkan abah dalam kalangan orang yang soleh
Amin Ya Rabb. InshaAllah

No comments:

Post a Comment